Matematik tulen

Secara umum, matematik tulen ialah matematik yang dimotivasikan sepenuhnya untuk taakulan dan kesimpulan, bukan untuk aplikasi. Ia dibezakan dengan rigor, pengabstrakan, dan keindahan matematik. Sejak kurun ke-18 dan seterusnya, ia diiktiraf sebagai salah satu kategori dalam aktiviti matematik, kadang-kadang digambarkan sebagai matematik spekulatif ,[1] dan berbeza dengan trend memenuhi keperluan aplikasi dalam navigasi, astronomi, fizik, kejuruteraan dan sebagainya. Ada pandangan yang menyatakan matematik tulen itu sebagai matematik yang tidak semestinya diaplikasikan[2].